Tuesday, December 9, 2008

12 ciri-ciri penting seorang sahabat...

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna….-renungilah..

Akhir kata,kepada sahabat-sahabatku..terima kasih kerana sokongan anda selama ini..semoga Allah mempermudahkan urusan sekalian...

1 comments:

Anonymous said...

tapi kadang-kadang sedih bila sahabat tidak mengendahkan kita, kurang sudi meminjam telinga dan mata bila berbicara. sehingga kita membuatkan diri seperti bodoh shj....tp adakah sebaiknya kita tidak mempedulikan itu semata2 utk menjaga persahabatan.