Showing posts with label Sahabat dan Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Sahabat dan Kenangan. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Anugerah Terindah - Part 1


Salam..
Bercerita mengenai anugerah terindah di dalam hidup kita...Hmm..
Selain daripada dikurniakan pasangan hidup atau soulmate sebagai kurniaan terindah di dalam hidup kita, juga mempunyai ibu ayah yang menyayangi kita serta anak-anak comel dan adik beradik yang memahami (juga sesuatu yang terindah)... kita juga sebenarnya turut dikasihi oleh Yang Maha Pencipta dengan menganugerahkan kita sahabat yang menghormati serta juga sayang kepada kita...
Hmm..betul, lah kan...
Kita tentu dapat rasa orang sayang pada kita, kan...
Kenapa kita dapat rasakan orang sayang kepada kita...? Hmm..Kerana kita juga ikhlas sayang kepada dia iaitu sahabat-sahabat kita..
Pernah dengar tak, bila hati sayang kerana Allah..bertemunya tidak jemu...dan berpisahnya tidak gelisah..sebab itulah ketika Allah mentakdirkan perpisahan, kita tetap mengingati sahabat2 kita... susah untuk melupakannya..mungkin seumur hidup kita diperlukan untuk melupakan!! Hmm..sedihkan kalau berpisah?

(^_^)

Kenapa diperlukan seumur hidup untuk melupakan orang atau sahabat yang kita sayang?

-bersambung....

Thursday, September 13, 2012

Rindu Kenangan Dulu..

Kadang-kadang rindu pada zaman muda-muda dulu..rindukan suasana
 yang sudah lama berlalu..rindu pada sahabat2...rindu pada sesuatu tempat..ye lah..tempat jatuh lagikan dikenang...tak kiralah pasangan sendiri ke..atau sesiapa sahaja..yang pasti siapa atau apa yang kita rindukan itu sudah pastinya pernah membuatkan kita tersenyum..samada senyum sorang2 atau sekadar di dalam hati sahaja...Hmm.. pastinya memakan masa seumur hidup untuk melupakan...
(^_^)
Moga sentiasa berbahagia walau siapapun anda...!!
Terima kasih kerana kehadiran anda semua telah mewarnai hidup saya dengan penuh warna warni dan memberikan saya senyuman indah walaupun sekadar 
di dalam hati ini....
Kehadiran anda semua terlalu bererti...
Moga Allah sentiasa melindungi...
Amin.

Thursday, December 11, 2008

Baby...:)

Comel sungguh baby dalam gambar ni...:) Aku pernah berangan, kan best kalau ni baby aku...tapi ini ialah gambar baby yang aku dapat dari internet...aku suka sangat gambar ni. Hmmm... sebenarnya, aku baru je balik dari ziarah sahabat aku, Dalina di Dewan Beta..dalam pukul 4:45 petang tadi..dia baru dapat baby sulung...Aku pergi dengan seorang sahabat aku juga, nama Aida Maziha. Dalam pukul 3 petang tadi, Aida tetiba call aku dan ajak aku ke rumah Dalina. Terkejut aku sebab dah lama aku tak jumpa Aida...lama sangat dah...tuntutan kerjanya sebagai seorang doktor di Nibong Tebal membuatkan hubungan kami 'sunyi' sementara. Dalina pulak...ermmm...dah hampir setahun tak jumpa semanjak dia kahwin hari tu. Selepas dia balik ke Miri, mengajar, kami jarang bermesej dan berhubung..Tup!Tup! Dia mesej aku dan maklumkan yang dia dah dapat baby..:) Tahniah, Enon:)

Aku, Dalina dan Aida dulu rapat sangat...kami dari sekolah yang sama. Sekolah Naim. Kami selalu bermalam di rumah masing-masing daripada sekolah menengah sampai sebelum masuk universiti. Rapatnya hubungan kami sehinggakan kami memanggil ibu dan bapa masing-masing dengan panggilan yang kami gunakan untuk mereka. Kalau aku memanggil ibu bapa aku Umi dan Abah, Dalina dan Aida pun memanggil mereka demikian juga. Aida pula, memanggil ibu bapanya Mek dan Ayah manakala Dalina memanggil ibu bapanya Mama dan Bapak. Ibu dan bapa mereka melayan aku dan keluargaku baik sangat. Sebab kami, keluarga kami pun saling mengenali...:) Di antara kenangan yang tak pernah dan tak boleh aku lupakan ialah apabila pada suatu hari, Aida membonceng motor dengan aku untuk ke rumah Dalina selepas habis SPM. Masa tu result SPM pun tak keluar lagi. Pahit sungguh kenangan itu bagi aku kerana apabila sampai di simpang nak masuk ke rumah Dalina, kami kemalangan, langgar apa entah aku pun tak perasan sebab dalam kemalangan tu hanya aku yang teruk sehinggakan parutnya masih kekal sehingga sekarang...huhu:( Ingat lagi tarikh tu, 26 Januari 1999 sebab aku masih simpan lagi diari tahun tu. Dulu, aku juga rajin menulis diari...ada lima buah dari tahun 1995-1999. Sama macam seorang sahabat aku sekarang..rajin sangat menulis diari. Bagus sangat:) Tapi sekarang, aku tiada kesempatan menulis lagi. Dalam kemalangan itu, aku bersyukur kerana kami selamat dan Aida yang berada di belakang aku tak cedera. Aku risau sangat kalau dia cedera sebab kalau dia cedera, aku pasti akan menyalahkan diri aku kerana membawanya. Dah la masa tu, aku first time bawa motor...dan first time juga bawa atas jalan raya... Sedih yang teramat sebab terpaksa menyusahkan Kak Ya kepada Dalina untuk membawa aku ke klinik petang-petang tu.. Huhu.. :( Nak dijadikan cerita, klinik berdekatan tak buka lah pula... Lalu terpaksa menyusahkan Umi dan Abah aku untuk membawaku ke klinik swasta... Sampai tengah malam pulak tu... Aida dan Dalina ada teman aku. Malam tu, dia orang tidur kat rumah aku sebab semata-mata kasihan kat aku dan tak bagi aku sedih... Terima kasih, sahabat... sanggup bersusah-senang dengan aku...:) Sebab tu aku sayang sangat kat korang..:)

Dah lama sangat tak jumpa Aida dan Dalina... sehinggalah hari ini Aida telefon aku dan ajak aku pergi tengok baby Dalina. Aida ambil aku di rumah setelah sesat-sesat cari rumah aku.Tak ingat katanya..:) Sebelum tu, dia suruh aku tunggu tepi jalan rumah aku...Hmmm...Aida...Aida.. Comelnya mu...:) Aida pun sama nasib dengan aku...masih "berdua".sehingga sekarang.. Dalam kereta sebelum sampai rumah Dalina, kami berkongsi perkara yang sama...mengenai zuriat.Sebagai doktor, dia banyak bagi aku panduan dan nasihat... Thanks, Da:)

Nama anak Dalina, Afeef Sidqi.. Comel nama dia sama comel dengan baby tu..:) Suka aku tengok. Tengok je Afeef, aku jadi teringat kat salah seorang sahabat aku yang beria-ia mahu tengok aku pregnant.. katanya, dia perasan yang mata aku bersinar-sinar bila aku tengok baby sesiapa... Jadi dia doakan aku dapat baby cepat-cepat sebab kasihankan aku sorang-sorang kat rumah bila suami aku bekerja.. Huhu...Terharu aku bila dia cakap macam tu... sebab aku tahu ramai mendoakan aku dan dia salah seorang daripadanya.. Terima kasih, sahabat..:) Di rumah Dalina, banyak sangat kami berkongsi cerita mengenai kehidupan masing-masing sehinggakan aku rasa tempoh sejam di rumahnya macam tak cukup... ye lah, bila bertemu bertiga, ditambah pula dengan sudah lama tak berjumpa, maka banyak lah ceritanya...Hehe:)

Bila tengok baby tu, aku jadi sebak... tapi aku sorok perasaan aku, tak bagi dia orang perasan sebab masa tu aku demam dan batuk kuat.. jadi, dia orang tak perasan muka sedih aku... Ala, bukan sedih sangat pun sebab aku tahu Allah tahu hati aku... Rezeki di tangan Allah..ye tak? Ada hikmah di sebalik semua ni.. Yang penting jangan lupa berdoa dan berusaha ke arah itu...dan selebihnya kita tawakal kepada Allah.. Dan jangan lupa, muhasabah diri juga perlu..:)
-fairuzfirdausi, 11122008-

Wednesday, December 10, 2008

Matahari Ku...:)

Bunga matahari...sangat cantik dan menenangkan jiwa...aku suka bunga matahari...

Erm,mungkin lebih dari bunga lain...kot!! Bunga lain pun ada suka jugak..kecil hati bunga lain dengar aku cakap macam tu..hehe:)
Kenapa aku suka bunga matahari? Hmmm...mungkin warnanya yang terang seakan-akan sang matahari sedang memancarkan cahayanya...:) Daunnya yang terbuka luas seakan-akan tersenyum dan bersedia menyambut kehadiran kita...membuatkan hati kita ceria walaupun di dalam duka nestapa..:) Bunga lain jarang senyum kepada kita...rata-ratanya tertutup je...seolah-olah malu untuk tersenyum..hehe...:)
Walaupun bunga matahari tidak berbau...tetapi aku suka jugak...Walaupun tidak sewangi bunga mawar, tetapi bunga matahari mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan akan menyerlahkan kecantikannya pada yang berhak sahaja...Ramai menuju dan berebut ingin memiliki mawar, namun akhirnya mawar terkulai layu kerana tangan-tangan rakus yang ghairah ingin memiliki...
Tetapi, matahari...hanya apabila kita datang menghampiri barulah kita menyedari bahawa sesungguhnya matahari itu cantik sebenarnya...:)


Pernah dulu, masa tinggal kat TTJ, Senawang (Taman Tuanku Jaafar), aku memiliki sejambak bunga matahari (yang plastik laa...) yang bagi aku sangat cantik...Walapun plastik, tetapi rupanya seakan2 real..Aku beli di Nilai 3 dengan harga RM15.00 (ingat2 lupa)..walaupun harga tersebut tak adalah mahal sangat, tetapi bagi aku yang masih bekerja kilang, dengan gaji yang tak seberapa,mahal lah jugak bunga tu...Cantik sangat dan masa tu ia menjadi kesayanganku..sebabnya bila aku tengok bunga tu, aku rasa lapang...Aku tinggal dengan kawan2 yang sama kilang dengan aku, lebih kurang dalam enam 6 orang...Tapi, aku lebih rapat dengan Mastura sebab dengan Mas (Mastura) aku berkongsi apa sahaja...dia banyak tolong aku...Mas sudi hantar aku dengan motornya pada malam aku kena cover shift seorang senior kat kilang tempat kerja aku...Dah lah petang tu, aku baru berpindah ke rumah Mas tu...:) Terharunya aku, tak usah cakap lah...lepas tu sudi pulak ambil aku lepas habis kerja pukul 11.00 malam tu..siap bawak aku pergi makan lagi...Aku pulak malu-malu "kambing gurun" sebab kami baru je saling mengenali..Semenjak dari itu, aku lah partner Mas untuk 'merempit' pergi ke mana2. Hehe..:) Tu sebelum aku beli "sang kancil" lah...Lepas tu, dia pulak teman aku pergi meronda2..dia yang jadi penunjuk jalannya...Tempat yang kami selalu lepak (bukan lepak pun sebenarnya...) dan makan ialah kat Dataran Senawang...Dia juga sudi menangis bersama2 aku serta menyokong dan memberi semangat terhadap segala impianku...Banyak sangat kenangan bersama Mas dan juga yang lain..Kak Rina Hazarina, Nor Akhtar, Anoi, Adik Sarah, Amy, Adik Maz Shukor dan ramai lagi...Seronok jugak jadi minah kilang ni...

Selepas hampir setahun tinggal di TTJ, aku terpaksa pindah ke Mantin... Sedih yang teramat... Masa tu, barangku yang paling berharga dan paling kusayang yang kuhadiahkan buat Mas ialah bunga matahariku...:)
Barang yang kusayang untuk teman yang kusayang jugak...
Selepas tu, bila aku cari bunga yang sama di Nilai 3, dah tak ada dah...sedih jugak tapi aku berpuas hati bila dapat hadiahkan bunga matahari tu padanya...Namun, yang paling kusedih ialah apabila yang terbaru hari tu, pada 27102008, aku dalam perjalanan balik dari Melaka dan ingin melawatnya di TTJ, baru aku tahu yang Mas sudah pindah...Puas aku call handphone Mas, tetapi tak dapat...Rumah lama kami dah ada penyewa baru...Huhu:'( Sedihnya...hasrat tak kesampaian...Mas, mana kau? Aku sedih sangat bukan sebab Mas pindah tanpa bagitahu aku, tetapi sebab aku sendiri...tuntutan kerja yang banyak membuatkan aku lalai dalam menjaga sebuah persahabatan yang kusayang...:(Aku berasa kehilangan...Maafkan aku, sahabat...Namun, aku berusaha untuk mencari sahabatku itu...

Pengajarannya, sentiasalah berhubung dengan sahabat2 anda, lebih2 lagi yang sanggup bersusah-senang dengan anda walaupun anda sudah jauh dari mereka kerana suatu ketika nanti, baru kita akan sedar betapa berharganya mereka dalam hidup kita... dulu, kini dan selamanya...:) Semoga Mas masih menyimpan bunga matahari itu...