Tuesday, December 22, 2009

ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA...

Jika anak hidup dengan cemuhan, dia belajar mengutuk,

Jika anak hidup dengan keganasan, dia belajar melawan,

Jika anak hidup dengan ejekan, dia belajar menjadi pemalu,

Jika anak hidup dengan tolak ansur, dia belajar menjadi penyabar,

Jika anak hidup dengan dorongan, dia belajar menjadi yakin,

Jika anak hidup dengan pujian, dia belajar untuk menghargai,

Jika anak hidup dengan adil, dia belajar keadilan,

Jika anak hidup dengan keselamatan, dia belajar untuk mempercayai,

Jika anak hidup dengan penerimaan, dia belajar menyukai dirinya,

Jika anak hidup dengan keredhaan dan persahabatan, dia belajar mencari cinta dalam dunia...

Bertemu kembali :)

Salam pertemuan...

Sudah lama tidak menulis..berbulan-bulan lamanya. Alhamdulillah, akhirnya aku selamat melahirkan anak sulungku setelah hampir 4 tahun menunggu.. hari ini anakku berusia 54 hari. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan nikmat kesihatan kepadaku, suamiku, anakku, kedua ibu bapaku dan seluruh ahli keluargaku. Syukur.

Anak adalah anugerah Allah..penyejuk mata, penghibur duka lara, permata yang tiada nilainya.. Anak adalah segala-galanya. Terima kasih duhai anak... hadirmu amat umi dan abi nantikan.. :)

Duhai anakku,
Jadilah seorang anak yang setia kepada Penciptamu, setia kepada Rasulmu, setia kepada agamamu, setia kepada umi dan abimu, setia kepada keluargamu, amanahmu..seperti namamu, Wafiy (Ahmad) yang bererti yang setia.. :)