Thursday, December 11, 2008

Baby...:)

Comel sungguh baby dalam gambar ni...:) Aku pernah berangan, kan best kalau ni baby aku...tapi ini ialah gambar baby yang aku dapat dari internet...aku suka sangat gambar ni. Hmmm... sebenarnya, aku baru je balik dari ziarah sahabat aku, Dalina di Dewan Beta..dalam pukul 4:45 petang tadi..dia baru dapat baby sulung...Aku pergi dengan seorang sahabat aku juga, nama Aida Maziha. Dalam pukul 3 petang tadi, Aida tetiba call aku dan ajak aku ke rumah Dalina. Terkejut aku sebab dah lama aku tak jumpa Aida...lama sangat dah...tuntutan kerjanya sebagai seorang doktor di Nibong Tebal membuatkan hubungan kami 'sunyi' sementara. Dalina pulak...ermmm...dah hampir setahun tak jumpa semanjak dia kahwin hari tu. Selepas dia balik ke Miri, mengajar, kami jarang bermesej dan berhubung..Tup!Tup! Dia mesej aku dan maklumkan yang dia dah dapat baby..:) Tahniah, Enon:)

Aku, Dalina dan Aida dulu rapat sangat...kami dari sekolah yang sama. Sekolah Naim. Kami selalu bermalam di rumah masing-masing daripada sekolah menengah sampai sebelum masuk universiti. Rapatnya hubungan kami sehinggakan kami memanggil ibu dan bapa masing-masing dengan panggilan yang kami gunakan untuk mereka. Kalau aku memanggil ibu bapa aku Umi dan Abah, Dalina dan Aida pun memanggil mereka demikian juga. Aida pula, memanggil ibu bapanya Mek dan Ayah manakala Dalina memanggil ibu bapanya Mama dan Bapak. Ibu dan bapa mereka melayan aku dan keluargaku baik sangat. Sebab kami, keluarga kami pun saling mengenali...:) Di antara kenangan yang tak pernah dan tak boleh aku lupakan ialah apabila pada suatu hari, Aida membonceng motor dengan aku untuk ke rumah Dalina selepas habis SPM. Masa tu result SPM pun tak keluar lagi. Pahit sungguh kenangan itu bagi aku kerana apabila sampai di simpang nak masuk ke rumah Dalina, kami kemalangan, langgar apa entah aku pun tak perasan sebab dalam kemalangan tu hanya aku yang teruk sehinggakan parutnya masih kekal sehingga sekarang...huhu:( Ingat lagi tarikh tu, 26 Januari 1999 sebab aku masih simpan lagi diari tahun tu. Dulu, aku juga rajin menulis diari...ada lima buah dari tahun 1995-1999. Sama macam seorang sahabat aku sekarang..rajin sangat menulis diari. Bagus sangat:) Tapi sekarang, aku tiada kesempatan menulis lagi. Dalam kemalangan itu, aku bersyukur kerana kami selamat dan Aida yang berada di belakang aku tak cedera. Aku risau sangat kalau dia cedera sebab kalau dia cedera, aku pasti akan menyalahkan diri aku kerana membawanya. Dah la masa tu, aku first time bawa motor...dan first time juga bawa atas jalan raya... Sedih yang teramat sebab terpaksa menyusahkan Kak Ya kepada Dalina untuk membawa aku ke klinik petang-petang tu.. Huhu.. :( Nak dijadikan cerita, klinik berdekatan tak buka lah pula... Lalu terpaksa menyusahkan Umi dan Abah aku untuk membawaku ke klinik swasta... Sampai tengah malam pulak tu... Aida dan Dalina ada teman aku. Malam tu, dia orang tidur kat rumah aku sebab semata-mata kasihan kat aku dan tak bagi aku sedih... Terima kasih, sahabat... sanggup bersusah-senang dengan aku...:) Sebab tu aku sayang sangat kat korang..:)

Dah lama sangat tak jumpa Aida dan Dalina... sehinggalah hari ini Aida telefon aku dan ajak aku pergi tengok baby Dalina. Aida ambil aku di rumah setelah sesat-sesat cari rumah aku.Tak ingat katanya..:) Sebelum tu, dia suruh aku tunggu tepi jalan rumah aku...Hmmm...Aida...Aida.. Comelnya mu...:) Aida pun sama nasib dengan aku...masih "berdua".sehingga sekarang.. Dalam kereta sebelum sampai rumah Dalina, kami berkongsi perkara yang sama...mengenai zuriat.Sebagai doktor, dia banyak bagi aku panduan dan nasihat... Thanks, Da:)

Nama anak Dalina, Afeef Sidqi.. Comel nama dia sama comel dengan baby tu..:) Suka aku tengok. Tengok je Afeef, aku jadi teringat kat salah seorang sahabat aku yang beria-ia mahu tengok aku pregnant.. katanya, dia perasan yang mata aku bersinar-sinar bila aku tengok baby sesiapa... Jadi dia doakan aku dapat baby cepat-cepat sebab kasihankan aku sorang-sorang kat rumah bila suami aku bekerja.. Huhu...Terharu aku bila dia cakap macam tu... sebab aku tahu ramai mendoakan aku dan dia salah seorang daripadanya.. Terima kasih, sahabat..:) Di rumah Dalina, banyak sangat kami berkongsi cerita mengenai kehidupan masing-masing sehinggakan aku rasa tempoh sejam di rumahnya macam tak cukup... ye lah, bila bertemu bertiga, ditambah pula dengan sudah lama tak berjumpa, maka banyak lah ceritanya...Hehe:)

Bila tengok baby tu, aku jadi sebak... tapi aku sorok perasaan aku, tak bagi dia orang perasan sebab masa tu aku demam dan batuk kuat.. jadi, dia orang tak perasan muka sedih aku... Ala, bukan sedih sangat pun sebab aku tahu Allah tahu hati aku... Rezeki di tangan Allah..ye tak? Ada hikmah di sebalik semua ni.. Yang penting jangan lupa berdoa dan berusaha ke arah itu...dan selebihnya kita tawakal kepada Allah.. Dan jangan lupa, muhasabah diri juga perlu..:)
-fairuzfirdausi, 11122008-

0 comments: