Saturday, January 31, 2009

Nilai Kasih Ibu...

"HARGAILAH KEDUA IBU BAPA SELAGI MEREKA MASIH ADA..."

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai RM4.00

Tolong jaga adik RM4.00

Tolong buang sampah RM1.00

Tolong kemas bilik RM2.00

Tolong siram bunga RM3.00

Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis " Telah dibayar malah terhutang "pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


Namun, ingatlah...walaupun IBU yang PERTAMA, tetapi AYAH bukan YANG KEDUA...

"..kasihnya IBU... membawa ke syurga...

kasihnya AYAH...berkorban nyawa..."


p/s : ...Tak sabar untuk jadi seorang ibu... tapi, belum rezeki lagi... Allah Maha Mengetahui... Pasrah dan berdoa yang mampu dilakukan... Bersyukurlah dengan apa yang ada..:)


Friday, January 30, 2009

Malas je rasa...


Hmm...dah hampir seminggu dok kat kampung... Esok dah nak balik Shah Alam... Malas je rasanya.. Dah hampir seminggu jugak demam, batuk, selsema... kadang2 rasa sakit dada... Tapi tak apa lah...itu semua kafarah dosaku... Huhuu :( Rasa malas menguasai diri setiap kali ingin pulang ke Shah Alam.. nak kena mengemas pakaian lagi, nak kena buat itu ini...pendek kata semuanya tak nak buat... tapi kena buat jugak... Sebenarnya bukan malas pun, tapi sedih...:'(

Seminggu di kampung... menghabiskan masa dengan keluarga...umi, abah, mok, adik2, keluarga mertua, saudara-mara...dapat menghilangkan rasa 'tensen' yang sarat di dada... walaupun sekejap cuma, tapi amat bermakna... Walaupun kurang sihat, tapi itu semua tidak menjejaskan sedikit pun kegembiraan diri ini berada di kampung halaman sendiri...

Orang kata... walaupun kita berada jauh di mana2, tetapi jangan sesekali melupakan ibu bapa... Jangan biarkan diri kita lama tidak menjenguk mereka kerana melihat sahaja wajah mereka, pasti jiwa kita terasa lapang... Begitulah apa yang aku rasa...

Jika ingin anak2 kita berbuat baik kepada kita pada masa hadapan, maka berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kita...

Wallahua'lam.



p/s: Ada sorang sahabat aku salahkan aku sebab tak bagitahu dia yang Adik demam... Maaf je yang boleh dipinta...Semoga sahabat dan Adik cepat sembuh...

Sunday, January 25, 2009

Hari Istimewa buat Adikku:)


Hari ini adalah hari bahagia buat adikku... Senyumnya sampai ke telinga... bersyukur dengan takdir yang telah Allah tentukan untuknya... Mana taknya, dirinya sudah selamat ditaqdim... Tahniah buat Adikku:) Moga dirimu bahagia... Sedarilah bahawa dirimu begitu berharga... Buat insan yang bakal menemani adikku itu, jagalah adikku dengan baik... Moga keduanya beroleh rahmat Allah. Amin...



Perjalanan yang memenatkan...tetapi habuan yang lumayan:)

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH...akhirnya sampai jugak di kampung halaman yang tercinta...lebih kurang pukul 12:15 tengah malam..

Penat.... itulah perkataan yang paling tepat yang boleh kukatakan saat ini... Baru sahaja sampai di rumah setelah mengharungi perjalanan yang amat memenatkan sepanjang hari ini... Macam mana tak penat... hampir 14 jam di dalam perut kereta MyViku.. Berhenti cuma untuk solat, isi minyak kereta, qada hajat, makan dan beli sayur dekat umi di Cameron Highlands..

Bertolak lebih kurang pukul 10.00 pagi dari Shah Alam... Makan pagi di Sri TTDI, restoran masakan Kelantan yang best kat TTDI...dan terus pergi ke Kuala Kubu Bharu ambil Ejah kat umah sewanya..Sampai sana dah hampir pukul 1 petang..jem yang teruk di highway ke Rawang dan jalan lama ke Kuala Kubu Bharu.. Mulanya ingat nak ke Cameron Highlands ikut tol Simpang Pulai untuk mengelakkan jalan bukit yang berliku-liku, tetapi disebabkan jem kat highway tu, maka terpaksa keluar ikut tol Tapah. Jalan dari Tapah ke Cameron telah mambuatkan aku pening dan badan aku macam tak bermaya, nasib baik tak muntah...Hehe...Yelah, jalan macam ular kena palu, naik bukit turun bukit...hampir 70 km terpaksa tahan diri dari muntah, sambil tangan tutup mata dari lihat jalan... jadi, macam manalah tak pening..Dok kat seat belakang pulak tu..

Selepas berhenti dekat Tanah Rata untuk tunaikan solat jamak takhir Zohor-Asar dan mengisi perut, aku mengambil alih memandu kereta. Huh! Barulah lega rasa pening aku tu.. Aku ni, kalau memandu kereta walaupun dekat jalan yang berliku-liku macam tu, atau jauh macam mana sekalipun, tak ada pulak aku rasa pening atau nak muntah... Mungkin sebab aku ni suka drive kot...Hehe...:) Tapi dapat drive sekejap sahaja sebelum berhenti beli sayur dekat umi. Lepas tu, soulmate aku ambil alih semula. Hujan katanya...

Lega sikit bila dah masuk sempadan Cameron Highlands-Gua Musang lebih kurang jam 6:00 petang...hari makin gelap..kereta yang lalu lalang pun jarang2 je..walaupun lega tapi still lagi ada rasa takut sebab umi aku kata ada tanah runtuh... Huh! Memang ada pun tanah runtuh.. jalan raya mendap pun ada jugak...bahaya sungguh...terpaksa lalu jalan alternatif yang penuh cabaran untuk sampai ke penghujung highway tu. Jalan yang hanya memuatkan sebuah kenderaan sahaja, ditambah pulak dengan cerun curam di kiri jalan menuruni bukit tersebut tanpa penghadang cuma rumpunan lalang sahaja (mungkin ada kot di sebalik lalang tu..!), tak ada lampu jalan (ke aku yang tak perasan, kot!)... selekoh yang tajam.. Woo!!!... mencabar sungguh! Setiap kali nak ambil selekoh, terpaksa membunyikan hon kereta kot-kot bertembung dengan kereta lain..kiri kanan jalan bukit tu pulak penuh dengan lalang-lalang liar yang membataskan pandangan di sebalik selekoh.. Mana tak mencabar...nasib baiklah sekejap je lalu kot jalan alternatif tu...Huhu.. lepas tu ambil highway balik... selamat... Alhamdulillah..

Akhirnya sampai jugak di bandar Gua Musang setelah melalui jalan yang penuh dugaan itu.. berhenti untuk solat jamak taqdim Maghrib-Isyak di Masjid Tengku Faiz Petra..( adik bongsu aku baru bagitau nama masjid ni sebab aku lupa ...dia kata nama masjid tu sempena nama dia, sebab tu dia ingat nama masjid tu...perasan!)Perjalanan diteruskan walaupun hujan lebat sekejap ada, sekejap tak ada turun...Hujan itu rahmat...best jugak sebab tak adalah perjalanan tu 'panas' sangat.walaupun jem aje memanjang... Tiba-tiba perut laparlah.. Huhu... berhenti makan di Kok Lanas jam 11:40 malam.. tapi tak ada char kue tiow... makan nasik je... sempat jugak tengok cerekarama Bisikan Subuh lakonan Remy Ishak..sedih cerita tu...tapi banyak pengajaran.

Akhirnya, sampailah anak2 umi, anak2 abah dan cucu2 mok ini di teratak mereka dengan senyuman penuh makna...disambut dengan limpahan kasih sayang dan kegembiraan oleh umi, abah dan mok walaupun tiba lewat malam.. (mok, umi dan abah sanggup bangun tidur bila tahu anak2 dan cucu2nya dah balik mok memang selalu macam tu... walaupun dia kurang sihat, tetapi semua kesakitan mok bagaikan hilang apabila anak2 dan cucu2 berkumpul padahal baru semalam penyakit mok menyerang lagi seperti yang umi aku bagitahu... namun malam ini, nampak matanya bersinar2 dan wajahnya berseri2...begitulah kasih, cinta dan sayangnya seorang nenek pada anak2 dan cucu2nya apatah lagi cinta seorang ibu dan ayah kepada anak2nya...) (^-^) Malam ni, kami semua berkumpul... mok dan umi bercerita tentang perangai dan karenah kami masa kecik2 dulu... kekadang abah pun manyampuk juga ... dalam bercerita, kami semua ketawa... Mok memang gemar membuka cerita tentang masa 'muda' kami...Hehe... seronok sangat bila dapat berkumpul begini... Bukan senang nak berkumpul begini memandangkan semuanya merantau kecuali adik bongsu aku je...dia suka sangat 'duduk bawah ketiak' umi... Hehe... Jadi, hargailah masa yang ada dengan keluarga... kenanglah setiap saat yang dilalui bersama... kerana masa yang lepas tak akan berulang lagi...:) Jiwa terasa amat lapang....:)

Kesudahan yang baik daripada cerita ini, walaupun perjalanan amat memenatkan dan penuh 'liku' serta badan sangat letih, tetapi semua itu akan hilang setelah bertemu mata dengan keluarga tersayang... Begitulah bermaknanya sesebuah keluarga bagi mereka yang tahu menghargai betapa pentingnya ikatan mahabbah antara keluarga itu. Baiti Jannati..:)

Moral daripada cerita ini...Hargailah kedua ibu bapa, nenek dan adik beradik serta orang tersayang selagi hayat dikandung badan.. jangan sampai menyesal di kemudian hari...Wallahua'lam.

Saturday, January 10, 2009

Asiari...

Semalam, malam... dalam pukul 9.00 malam...aku pergi makan kat tempat yang boleh dikatakan ekslusif lah jugak iaitu Asiari... sebab soulmate aku nak raikan besday aku. Aku suka pergi Asiari sebab ada satu menu tu, sedap sangat.. apa entah nama menu tu, tak ingatlah pulak.. ada daging yang agak manis dan pedas, ada lotus, ditambah lagi dengan perisanya yang sedap..Nyum2...:) Pekena pulak dengan air favourite aku iaitu ice lemon tea.. (bukan teh o ais limau ye...!) Boleh dikatakan, setiap kali pergi ke situ, menu itulah yang selalu aku pesan... tak pernah pesan menu lain. Entahlah, macam tak jemu2..Huhu..:)

Dah lama dah nak pergi ke sana..tetapi baru semalam berkesempatan melangkahkan kaki...Seronok sangat..Soulmate aku, lagilah...Bila tengok aku gembira, dia lebih-lebih lagilah.
Sesampainya di sana, aku terserempak dengan sahabat aku bersama tunangnya. Terkejut 'monkey' aku tengok kelibat dia.. Yalah sebab tak sangka.. Sebab tak sangka dan terkejut itulah maka aku tak sedar muka aku dah berubah sehinggalah ditegur oleh soulmate aku..Dia pun pelik muka aku berubah... sampaikan tunang sahabat aku tu cakap aku ni garang.. Garang ke aku? Teruk sangatlah tu muka aku waktu tu! Ralat jugak aku... Tapi yang paling aku geram kat sahabat aku tu, bila sahabat aku tu cakap kat tunang dia yang mungkin aku baru lepas gaduh dengan soulmate aku...kelakar pun ada... Buat sahabat aku tu, kalau aku bergaduh dengan soulmate aku, tak adalah aku pergi ke sana...Hehe..Baik aku makan kat kedai mamak je..Huhu..Tak apa...aku faham dia tak sengaja cakap macam tu...Aku maafkan sahabat aku tu:)

Tetapi, aku marah jugak kat diri sendiri..tak elok kita buat macam tu, kan? Apa salahnya kita memaniskan muka demi menjaga hati orang lain... lebih-lebih lagi apabila kita berjumpa buat pertama kalinya dengan orang yang baru kita kenal... Boleh menambahkan koleksi kawan kita...

Tetapi, janganlah kita terus menghukum seseorang itu dengan mengatakan dia garang atau tak peramah disebabkan oleh air mukanya pada waktu itu...kerana sekiranya kita tidak mengenali seseorang itu lebih-lebih lagi baru pertama kali berjumpa, maka rasanya tidak berhak untuk kita membuat andaian sedemikian, kan? Kenalilah mereka terlebih dahulu.. Mungkin mereka ada masalah yang dihadapi waktu itu yang tidak memungkinkan tercetusnya senyuman. Janganlah terus membuat andaian yang bukan2 tentang seseorang dengan mengatakan mereka baru lepas bergaduh atau sebagainya kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Ya, mereka pun salah juga kerana seolah-olah tidak meraikan kehadiran sahabat baru dengan mempamerkan senyuman yang agak tidak ikhlas dan muka yang masam mencuka. Namun, tidak mustahil orang yang tidak memberikan senyuman itulah yang bakal menjadi kawan baik kita pada masa susah senang ... dan tidak mustahil juga orang yang selalu tersenyum dan ketawa itu menyimpan 1001 muslihat yang kita tidak sangka. Jangan menilai seseorang dengan hanya sekali perjumpaan... selamilah hati mereka.

Buat sahabatku dan tunangnya, jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah. Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap lupakanlah. Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat.
Kita tetap kawan sampai bila2..
(^_^)

Buat aku dan diriku... muhasabahlah diri... Sesungguhnya kita adalah makhluk Tuhan yang lemah.

Friday, January 9, 2009

Seminggu yang amat menyesakkan ..:'(

Dah lama rasanya tak menulis di sini...Ntah kenapa hari ini tergerak hari untuk menulis...mungkin aku dah tak larat lagi dah nak menyimpan penat lelah ini... nak meletup dah dada aku rasakan...

Seminggu dah berlalu...bermakna dah seminggu aku memulakan tugas aku di sekolah kembali.. Rasanya, macam dah sebulan aku berhempas pulas di sekolah... penatnya toksah kata lah... Bebanannya...walaupun tak seberat mana, namun amat memenatkan... Banyak sangat benda yang berlaku dalam seminggu ni... ada yang menggembirakan, ada yang menyedihkan... tidak kurang jugak ada yang benar-benar membuatkan otak aku macam dah buntu... Pendek kata, seminggu ini, banyak perkara yang menyedihkan yang telah aku lalui dan perkara
unexpected yang tidak ingin aku dengar dan terima...yang boleh aku simpulkan telah menenggelamkan rasa hepi ku ... cuma semalam aku betul2 hepi kerana semalam ialah hari lahir aku... hepi besday to me:) Soulmate aku bagi aku bunga...dia hantar ke sekolah...surprise gitu..dapat pula besday wishes siap nyanyi lagu lagi dari sahabat dan kawan2 serta adik2... sweet sangat...huhu(^-^) Aku dapat telefon abah, umi, adik2 aku kat kampung.. aku pun dapat bercakap dengan mok aku di telefon.. selama ni susah benar nak bercakap dengan mok di telefon...alasan mok, telinga dia dah tak dengar bila cucu2 dia bercakap di telefon dengan dia. Mok aku bukan boleh dengar sangat suara cucu2 dia, nanti meleleh lah air matanya... Sedih jugak setiap kali aku tengok mok aku menangis sebab rindukan cucu2 nya...

Ermmm...Dah tua rupanya aku... namun masih banyak perkara yang masih belum ku capai...huhu...sedey...:( Chayok yana! Teruskan usaha...Jangan putus asa!!

Hari ni, aku rasa macam tak hepi sangat.. Nak kata disebabkan tugas di sekolah, pun boleh jadi jugak..nak kata ada benda lain yang menyesakkan pemikiran aku, pun ada jugak.. ntah, banyak sangat benda yang aku fikir...aku ni, seorang pemikir agaknya... sampai kekadang aku rasa macam aku dah tak boleh nak fikir dah...

Minggu ini adalah minggu aku bertugas menjaga sekolah... Alhamdulillah, berkat kerjasama group-mate aku, minggu ini tak ada benda yang tidak diingini yang terjadi. Syukur padaMu, Ya Allah. Namun, tidak dapat aku nafikan, penatnya tetap ada memandangkan minggu ini sekolah baru bermula. Selepas meeting Sivik habis pukul 1.00 petang tadi, aku bergegas keluar dari sekolah...macam tak nak jumpa sesiapa dah kat sekolah tu...otak aku gagal berfungsi untuk seketika.. sampaikan bawak kereta pun, macam nak lawan mat rempit je.. aku pergi giant, bayar kereta yang dah seminggu tertunggak... hari tu dah pergi dengan si Ayu, tapi offline lah pulak.. buang masa aku je... Bukan senang sekarang aku nak keluar sorang2 pergi mana-mana. Sekarang, kalau dah letih tu, malas je keluar gi mana-mana. Dulu, kalau letih pun, balik sekolah sanggup lagi tu keluar pergi jalan2 sebab ada si Nita yang menemani. Boleh dikatakan setiap kali aku nak bayar kereta, Nita mesti ada teman aku..sebab kami satu kepala... bukannya shopping apa pun, window shopping je sebab sayang duit (padahal tak cukup duit...hahaha..!)

Tak pernah aku tengok orang sebegitu ramai yang beratur dengan panjangnya kat bank tu selama aku bayar kereta.. ingatkan timing aku dah betul dah.. rupanya, YA Allah...ramainya makhluk Mu... dan yang membuatkan aku terkilan, ada kaum Adam yang tidak pergi menghadapMu pada hari Jumaat ini semata-mata untuk mengambil duit yang kau pinjamkan sementara itu... Ya Allah, kuatkanlah imanku untuk meneruskan hidup aku di kota metropolitan ini... Selepas berdiri dan beratur hampir sejam lebih kat bank tu, aku masuk kedai buku.. tempat favourite aku.. ntah, macam tak ada buku yang aku nak beli..tak ada mood... hati aku macam sedih je hari ni...!

Lepas tu aku pergi makan kat foodcourt giant tu... tak pernah aku makan sorang-sorang kat giant tu.. paling tidak pun, aku akan bungkus bawak balik... Selalu ada Nita yang turut sama makan dengan aku...masa tu, banyaklah perkara yang kami bualkan...sampai tak cukup masa.. Ingatkan nak pergi sekolah balik nak pekena roti canai atau mee bandung, tapi aku rasa petang ni aku macam nak menjauhkan diri aku dari sekolah je... ntahlah...mungkin dan separuh hari kat sekolah kot... kat sekolah nanti, banyak pulak karang benda yang aku fikir, jadi seperti waktu2 dulu, bila je aku ada masalah, aku akan bawa diri pergi ke tempat-tempat yang boleh membuatkan aku lupa seketika masalah yang melanda..Huhu...:( Aku tumpang bersedih untuk diri aku sendiri...! Bila aku dah tenang sikit, aku akan pulang ke pangkal jalan semula. Hehe...macam kelakar je ayat aku... Ah! biar lah.. bukan orang kenal aku pun...

Lama jugak aku pekena kue tiau goreng kat situ dengan milo ais mamak.. huhu sedap milo ais dia.. cuma salah tempat je aku lepak.. Aku tersilap lepak kat tempat dua orang bujang dok jual rojak kat warung tepi tu.. Nak buat camana, kononnya nak cari tempat yang privasi lah sambil2 nak melayan perasaan yang tengah berkecamuk... alih2, tempat dia orang jugak aku lepak.. Bukannya aku perasan pun...Ah! Peduli apa aku... Banyak aku fikir masa makan tu.. fikir tentang perkara-perkara berlaku pada aku dalam seminggu ni.. fikir pasal kereta kesayangan kami (aku dan soulmate aku) yang kena langgar dengan Vios buat pertama kalinya selepas tol Bukit Jelutong..ingat lagi no plat kereta tu, W_ _ 2008.. hari Tahun Baru pulak tu...1 Januari 2009...kesian kat "Si Comey" (dulu aku panggil Baby) aku kena langgar.. tapi masa kena langgar tu, tak ada pun rasa sedih ..biasa je..mungkin sebab aku dah redha dengan takdir yang menimpa "Si Comey" aku tu. Dan yang paling penting, aku dan soulmate aku tak apa2.. sikit pun tak ada apa2.. Tuan Vios pun baik je. Kereta pun sikit je kena..Vios tu yang teruk..

Tapi, apa yang menyedihkan yang membabitkan kereta aku, satu pagi tu, hari Rabu kot... semasa aku rushing nak ke sekolah sebab aku kena handle assembly, "Si Comey" aku kena gesel dengan Wira lah pulak.. Walaupun tak kemik, tapi aku sedih sangat... sebab aku yang bawak kereta tu masa tu..huhu:( Lagi sedih dari hari yang kena langgar dengan Vios tu:( Petang tadi pulak, semasa aku nak masuk ke Petronas nak isi minyak, ada pulak kereta Saga BLM putih, tetiba je nak masuk ke lorong kiri...dah la aku baru keluar dari highway dengan lajunya...kat Fella Design.. bukannya jalan straight... tetiba nampak kereta nak masuk ke kiri, aku apa lagi, pooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnn dengan lamanya dekat kereta tu... dah terkejut sangat.. sikit lagi nak berlanggar... Syukur Tuhan masih sayang pada aku... aku tertanya2, adakah masa tu aku tengah mengelamun? Hmmm....mungkin lah kot... jadi, kesimpulannya, aku pun salah jugak...mungkin sebab terlampau penat. Jangan bawak kereta laju lagi.. dan jangan fikir yang bukan-bukan lagi masa memandu kereta... Sedihnya aku hari ni...:(

Itu pasal tugas kat sekolah dengan kereta kesayangan aku... banyak lagi benda yang menyesakkan nafas aku sepanjang minggu ni... Sedih sangat... kalau tak tahan ni...mau nya aku nangis ni... Ingat lagi pesan umi abah aku, jaga diri baik2 dan buat kerja kerana ALLAH.. barulah hati kan tenang.

Tapi, tak apa lah... itu semua hanya dugaan. Selagi kita masih ada ALLAH di sisi kita, InsyaAllah kita akan gembira... kita yang selalu melupakan Dia... tetapi Dia tetap menyayangi kita...

Sabarlah wahai hati... ada kemanisan di sebalik kepahitan ini...:)
Aku redha...