1. Bila
sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan
airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia
tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri
dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan
ucapan maaf.
3.
Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya
sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.
5. Bila
lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia
akan cair seperti coklat!!
6. Wanita
memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.
7. Jika kamu
tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak
akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya
sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita
suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan
sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu
serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila
pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak
acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit
kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya
akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum
senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.
14. Jika
kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika
sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan
dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi
jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan
usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan
sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas
sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah
aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau
kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang
gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila
setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah
siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah
dirinya sendiri.
21. Bekas
teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22.
Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan
harinya.
23. Teman
baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta
bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang
kompromi.
26. Semua
wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata
wanita adalah airmata!!
28.
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga
atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan
bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan
ragu-ragu terhadapmu.
29.
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30.
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia
mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Note: tidak
semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi
zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .
:-)
0 comments:
Post a Comment