Monday, December 8, 2008

Korban dan Pengorbanan...




Hari raya haji...hmm...korban dan pengorbanan...

Korban lembu di depan rumah ayah@ pak sedara ... besar tu lembu tuuu...!!!

Suasana Pagi Hari Raya di Masjid...

Masjid As-Sobirin...Mukim Kampung Serendah Sekebun Bunga..
...masih dalam pembinaan...


Mimbar...

Batu-bata di sekeliling masjid...


Masjid tanpa dinding...


Keadaan sekeliling masjid...

Lebih kurang jam 8.10 pagi, kami ke Rumah Allah untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa..Sudah lama rasanya kaki ini tidak ke sini... Huhu... Raya puasa dulu, sembahyang di Pasir Puteh...Raya Haji ni, kat sinilah pulak...Hehe...Terkejut jugak melihatkan keadaan masjid yang masih dalam proses pengubahsuaian...macam kena bom...hehe...tapi, itu tidak mematahkan semangat orang kampung...walaupun tidak seramai hari raya puasa, tetapi ramai jugak yang datang ke sini...walaupun hujan renyai2... satu rasa keinsafan datang menjalar di dalam hati...walaupun keadaan masjid sebegini rupa, namun bukan itu yang menjadi ukurannya...yang penting IMAN!
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat Islam...

meja kerja...










Ni adalah meja kesayanganku..baru lepas kemas meja sebelum cuti sekolah hari tu... Sebelah tu pulak rak aku dengan Kak Aisyah... Puas hati sangat2 sebab dapat pasang sendiri rak ni walaupun penat...apa sangatlah kudrat seorang perempuan...kan? tapi, bila siap je rak ni, fuhh!! lega yang teramat..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...Walapun hakikatnya aku mengharapkan partner aku menolong aku, tapi tak pe...yang penting, jadi rak jugak...hehe...:) Seronok ada rak sendiri ni...Hmmm...atas meja tu adalah cawan kesayangan aku...!!! gelas tu dah lama aku beli...masa kat U lagi...


Sunday, December 7, 2008

Pulang ke kampung halaman menyambut Raya Haji











Lebih kurang jam 3.10 pagi, bangun tidur dan bersiap-siap untuk balik kampung..dah biasa balik waktu dinihari ni sebab sejuk dan nyaman..jiwa berkobar-kobar kerana dah lama tak pulang ke desa..lebih kurang jam 3.50 pagi, dari Shah Alam,perjalanan dimulakan.Pagi tu, hujan turun renyai2..pulang ikut jalan biasa iaitu Kuala Lipis..banyak kereta yang pulang pada waktu tu..hmmm..lori pun banyak..jalan licin sebab kejap hujan, kejap tak...bawak kereta pun slow2 je..berhenti solat subuh kat Raub..ramai yang berhenti tidur di tepi jalan sebab ngantuk dan letih.Alhamdulillah, pada waktu ni, Allah anugerahkan kami kekuatan dan tenaga. Satu kenangan yang tak dapat dilupakan apabila melalui jalan ni ialah sewaktu melalui tempat umi dan abah serta adik kemalangan di Bukit Tujuh..Namun, bersyukur kerana Allah memanjangkan umur mereka..Alhamdulillah.Lepas tu, kami berhenti makan pagi di Gua Musang lebih kurang jam 8 pagi..ingatkan sempatlah makan pagi kat umah...huhu..windu masakan umi..:) Hujan masih lagi turun..Ah!Macam ngantuklah pulak..best tidur waktu-waktu macam ni..Rasa tak sabar nak sampai umah..penat dan lenguh tu toksah dok cakap la..namun, inilah pengalaman dan 'kemanisan' yang harus dilalui sepanjang menjadi anak perantau...mesti bersyukur dengan jalan yang telah ditetapkan.
Akhirnya...
Pukul 12;30 tengahari semalam baru sampai kampung.. rindunye kat umi dan abah hehee :)
Best menjadi anak perantau...!!!


Kemas rumah


Baru beli rak aritu :)
Ni pulak rak yang aku beli kat Mydin Shah Alam dengan kawan-kawan aku...thanks a lot to my dear friends...sebab teman aku dan tolong aku angkat rak ni..sebelum pasang la...kalau nak harapkan kuasa aku sorang...hmm,maknanya tak terangkat la rak tu...silap haribulan aku yang terangkat...(hmm, memang dah terangkat dah pun!) Di sinilah kita dapat menilai betapa pentingnya sebuah persahabatan dan bermaknanya seorang sahabat...:) Rasa lega sebab aku dah ada tempat untuk letak semua buku2 sekolah aku dan barang-barang kesayangan aku...Ni adalah sudut yang paling kusuka di rumah aku...kalau ada rumah sendiri, kan best...salah satu bilik, boleh dijadikan library...bestnya...! :)