Monday, September 14, 2009

Alhamdulillah...




Akhirnya dapat juga aku mengisi borang pertukaran sekolah... Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan memakbulkan doaku untuk bertukar, berada dekat dengan suami... Memang sepatutnya tempat isteri adalah di sisi suami... Bukan senang hidup sendiri pabila berjauhan daripada suami... Segalanya memerlukan bukan hanya sedikit kekuatan dan kesabaran... Semuanya menagih keteguhan iman dan kecekalan hati... Namun, dengan adanya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang berserta dorongan dan titipan semangat "spiritual" suami yang begitu tinggi terhadap diri ini, maka segalanya berjaya kutempuhi, lebih-lebih lagi dengan adanya " buah cinta " kami yang semakin mengukuhkan lagi cinta antara dua jiwa ini... Jauh di mata dekat di hati... Walaupun terkadang ada kalanya diri ini seperti hilang arah, mengharapkan segalanya seperti dahulu, namun cepat-cepat ku kembalikan diriku semula kepadaNya kerana segalanya yang berlaku adalah takdirNya. Bak kata suamiku, untuk menikmati sesuatu kebahagiaan, memerlukan satu pengorbanan dan kita harus sabar berserta redha. Ya, aku sabar, namun amat payah untuk redha. Tetapi, sekarang aku sudah semakin belajar erti redha. Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini seorang yang redha atas apa yang berlaku... Sabar itu senang, tetapi redha itu memerlukan kekuatan iman....Kuatkanlah imanku, Ya Allah...

Wallahu'lam.

Wednesday, September 2, 2009

LELAKI HEBAT...

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah.


Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku.
Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."
Kuulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.


Sumber : Blog ADIKKU.

SNAIL MOTIVATION...

MOTIVATION

When someone tells you that you can't do something...


Look around...

Consider all options...

Then GO for it!

Use all the things God gave you!

Be creative!


In the end, you will succeed and prove them wrong!

Always remember

"Nothing is impossible, if your heart is willing "

Segalanya tiada yang mustahil dengan izin Allah.. InsyaAllah.


Pengajaran sebaliknya :
** Dan tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan padanya terdapat pengajaran dan iktibar yang berguna bagi orang yang berakal.
** Dan janganlah kamu merasa kecewa dan putus asa terhapa hasil usaha kamu kerana Allah tidak memandang hasil kita, tapi Allah Maha Adil dan Penyayang menilai setiap usaha kita dengan nilaian kasih dan sayangnya.







Telah diedit dari sumber : alumniiqra